Selamat Datang ke Tutorial HTML (pertengahan)

17. Untuk tutorial kali ini, saya akan tunjukkan bagaimana untuk memasukkan kod Cascading Style Sheet ke dalam kod HTML

Terdapat tiga kaedah untuk memasukkan CSS ke dalam kod HTML, inline, internal dan external, dalam contoh kod di bawah,
terdapat dua kaedah yang ditunjukkan iaitu secara inline dan internal.

Sebelum masuk ke tutorial css external, baca dahulu tentang CSS RESET dan CSS NORMALIZE

18. Buat satu fail bernama home.html, tulis kod html seperti di bawah

buat pula satu fail css style.css seperti di bawah

Download gambar ini, letak dalam folder yang sama, http://s17.postimg.org/xotjmwrxb/syarikat.jpg

Tutorial di atas hanya sekadar untuk menunjukkan cara untuk memasukkan css dari luar

Untuk belajar CSS secara lanjut, satu tutorial lain akan dibuat selepas ini, perhatikan kod css, terdapat css yang ditujukan ke atas element dan juga css yang ditujukan ke atas class

19. Dalam tutorial seterusnya, saya akan memperkenalkan element form, dalam tutorial ini kita akan bermain-main dengan semua element form yang ada seperti <form>,<input>( text, radio,submit), <select>, <textarea> , <select> dan lain-lain

Saya juga akan memperkenalkan struktur HTML5 di dalam gist ini dan tutorial seterusnya, perhatikan struktur HTML5 yang ditulis di dalam gist

Bagi melihat bagaimana data yang dimasukkan oleh input dibawa oleh kaedah POST, kita juga akan buat satu file PHP

Perhatikan gist, susunan struktur HTML5 dimulakan dengan doctype dan seterusnya ada pertambahan meta di dalamnya, kaedah untuk memasukkan javascript sama seperti CSS, boleh guna inline, internal atau boleh juga guna external, kalau zaman dahulu, javascript diletakkan dalam header, tetapi sekarang atas saranan Google dan yahoo, javascript diletakkan sebelum </html> dibahagian bawah. Buat dahulu skript html5 beserta form asas. nanti kita akan tambah elemen form yang lain.

20. Buat satu fail lain, tulis gist di bawah, paparkan hasilnya

21. Setelah mengenali element-element form, kita akan belajar untuk memproses form menggunakan satu form mudah dan juga skrip PHP. Dalam tutorial 21, kita kena buat dua file, asas21.html dan proses.php

From asas

Skrip proses php

Huraian

setiap element input diberi nama masing-masing iaitu nama, nokpt dan password, perhatikan kepada name,apa yang diiystiharkan itu akan digunakan untuk dihantar oleh proses POST apabila butang submit diklik

seterusnya, peratikan pada form action, kita mengarahkan method POST hantar semua elemen post kepada file dalam action, skrip php bernama proses.php akan terima nama-nama (nama, kpt, password) tadi dan akan paparkan nilai tersebut.

22. Untuk tutorial 22, kita akan belajar GET, perhatikan gist di bawah, sila uji program, hantar input dan perhatikan URL.