CSS RESET DAN CSS NORMALIZE

Suatu masa dahulu, membina dan merekabentuk laman web sangat cerewet dan memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Dalam tempoh masa antara tahun 2003 hingga 2010, pada mulanya dua pelayar iaitu Netscape dan Internet Exporer bersaing antara satu sama lain, dengan spesifikasi HTML yang sedikit berlainan, kemudian timbul satu persatu pesaing lain seperti Opera, Mozilla, Firefox, Safari dan lain-lain.

Untuk gambaran garis masa kembali ke zaman silam, sila ke https://en.wikipedia.org/wiki/Timeline_of_web_browsers

Bagi pereka laman web, dengan pelbagai paparan dan penetapan (default) dari enjin pelayar yang berlainan menyebabkan rekaan laman web mereka menjadi cacat atau hodoh sekiranya dipaparkan di dalam sesetengah pelayar.

Pada suatu ketika, pereka laman web perlu memaparkan laman web mereka dalam beberapa buah pelayar dan beberapa versi pelayar dari syarikat yang sama seperti IE6,IE7,IE8, IE9 dan lain-lain. Penyelesaian kepada masalah di atas diatasi dengan teknik mengambil shot layar ( screenshot ), tetapi kena beratur untuk proses shooting laman web dengan banyak versi dan variasi pelayar. http://browsershots.org/

Jika anda perhatikan, selalunya, terdapat laman web akan ditulis dengan best view with Firefox, best view with Internet Exporer, best view with Mozilla dan sebagainya. Ia bagi mengatasi masalah rungutan pelawat laman web lantaran paparan yang kurang baik apabila dibuka dengan sesetengah pelayar.

Mengikut sejarah, CSS Reset dimulakan oleh legenda web iaitu Tante Celik dan kemudiannya diikuti oleh Eric Meyer juga seorang web guru. Sejarah panjang dan contoh-contoh versi CSS Reset boleh dilihat di laman ini http://sixrevisions.com/css/the-history-of-css-resets/

CSS Normalize

CSS Normalize ini alternatif kepada CSS Reset, ia banyak memelihara element dari dipadam terus, tidak seperti dalam CSS reset, ia membaiki bug-bug umum yang dijumpai di pelayar-pelayar.

http://necolas.github.io/normalize.css/

hardyweb@gmail.com